Tuesday, February 23, 2010

25 December 2009

Dingin malam membuatkan aku tdk dpt melelapkan mata ini. Walaupun badan ku terasa letih dah lesu, tetapi mata ini masih lgi tdk dpt di pejamkan. Saat yg di tunggukan akan menjelma pada keesokan hari membuat kan aku berdebar-debar utk membuat pembaharuan di dlm hidup ku ini.

Aku tidak akan berganjak lgi dgn keputusan ini kerana ini adalah jalan yg aku pilih utk memimpin tangan seseorg utk ku bawa bersamaku selamanya selagi nafas ini masih lgi berhembus dan nadi ku ini masih lagi berdenyut, aku akan sedia menghadapi ape jua halangan yg di tempuhi.

Aku percaya sudah tiba masanya utk aku di temani di dlm hidup ini yg selama ini aku mengharungi seorg diri. Dalam waktu fikiran aku berfikir, dalam tak sedar aku hanyat bersama kedinginan malam sehingga menjelang fajar.

Segala persiapan telah di siapkan dengan sempurna mengikut perancangan yg telah di tetapkan. Aku mengenakan suit baju melayu berwarna pearl aku. Mak saudara aku membantu aku mengenakan kain samping yg berwarna pink. Aku mengemaskan pakaian yg di kenakan dah siap sedia utk melangkah keluar dari rumah utk menuju ke destinasi.

Hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti membuatkan perasaan aku ni bertambah dedar. Semua sanak sudara belah keluar mak aku telah tiba di destinasi tersebut. Aku menaiki kenderaan bersama dgn ayahanda dan bonda ku menuju ke belah keluarga ayah aku membuatkan kami bergerak lambat. Perjalanan ku ini diiringi oleh hujan yg turun rahmat di muka bumi Allah S.W.T ini. Kami bergerak merentasi perjalanan bersama dgn rombongan yg kedua ke destinasi yg telah ditetapkan kerana kami sudah kelewatan dari jadual yg telah di tetapkan.

Setelah tiba di perkarangan Masjid di Nibong Tebal membuatkan nafas ku hampir kencang, lalu ku mengawal perasaan ini kerana ianya akan memberi kesan jika perasaan cemas menguasai diri. Rami yg menunggu di perkarangan masjid utk menyambut ketibaan ku. 3 org berbaju putih sudah berada dia dlm masjid menunjukkan yg mereka telah menunggu ketibaan aku.

Alhamdulillah aku hanya melafazkan sekali SAHAJA dah di sah kan oleh para saksi membuatkan aku lega dah bersyukur. Suka utk mengkongsi perasaan yg di lalui semasa melafazkannya, pertengahan ayat yg dilafazkan terdapat sesuatu perasaan yg tdk dpt digambarkan dan diceritakan dengan detail. Seperti ada sesuatu yg mendatangi/masuk/meresapi diri ini yg membuatkan seperti kegembiraan/kepuasan/keindahan......mg tdk dpt ditafsirkan kerana bagiku mungkin itu adalah tanda kebaikan yg ditunjukkan dari kekuasaan NYA.