Monday, April 19, 2010

Ketibaan Orang Baru

Hampir 4 bulan kami berkahwin, sepanjang tempoh itu adalah satu kenangan yg amat indah di dlm hidup ini. Gelak tawa, kegembiraan, kesedihan semuanya package alam perkahwinan yg tidak dapat dielak kan dan juga tidak akan lari pada sesiapa yang sudah berkahwin.

Dalam perkahwinan hanya ada satu perkara yg paling penting yg di nantikan dan kita sendiri akan teruja untuk menunggu perkabaran tersebut. Aku mendapat perkabaran dari isteriku pada mulanya hanya menghantar gambar melalui MMS. Gambar tersebut adalah Pregnant Test yg menunjukkan sample yg dibuat adalah positif...isteriku mengandung hampir 2 bulan!!! ^^

Perasaan memang tidak dapat digambarkan..hanya senyuman sepanjang hari yang mampu aku ukirkan pada wajah ku ini. Kadang kala aku rasa seperti tak sabar untuk menunggu isteriku melahirkan anak untuk aku, kerana itu adalah zuriah aku yg akan membawa nama ku utk meneruskan perjalanan di dunia ini. Akan aku cuba sedaya upaya untuk menjaga mereka berdua sepanjang perjalanan yg di tempuhi ini.

Rasa terkilan dan serba salah kerana sepanjang tempoh isteri ku bersalin..aku hanya berada di sisinya....(Boleh di kira menggunakan jari) di sebabkan kami masih lgi tinggal berasingan kerana urusan kerja. Sakit pening dia kat sana..alahan dia (makan makin kuat)..tapi nasib baik dia tinggal dgn mertua aku..ada org boleh tengok kan sakit pening dia kat sana sepanjang ketiadaan aku di sisinya.. Tapi semua itu akan tamat bila bulan 6 tiba dan kami boleh bersama sehingga akhir hayat kami bersama.

Isteriku kau adalah anugerah dari Tuhan yg paling bernilai bagi ku..biarpun harta setinggi gunung masih tidak mampu lagi untuk mempunyai teman hidup yang sentiasa bersama tidak kira susah dan senang di tempoh bersama. Terima kasih kerana memberi zuriat kepada suami mu ini. Aku akan menunggu dengan sabar sehingga permata kita dan bukti cinta kita bersama lahir di dunia ini.

Terima kasih untuk segalanya...

Tuesday, February 23, 2010

25 December 2009

Dingin malam membuatkan aku tdk dpt melelapkan mata ini. Walaupun badan ku terasa letih dah lesu, tetapi mata ini masih lgi tdk dpt di pejamkan. Saat yg di tunggukan akan menjelma pada keesokan hari membuat kan aku berdebar-debar utk membuat pembaharuan di dlm hidup ku ini.

Aku tidak akan berganjak lgi dgn keputusan ini kerana ini adalah jalan yg aku pilih utk memimpin tangan seseorg utk ku bawa bersamaku selamanya selagi nafas ini masih lgi berhembus dan nadi ku ini masih lagi berdenyut, aku akan sedia menghadapi ape jua halangan yg di tempuhi.

Aku percaya sudah tiba masanya utk aku di temani di dlm hidup ini yg selama ini aku mengharungi seorg diri. Dalam waktu fikiran aku berfikir, dalam tak sedar aku hanyat bersama kedinginan malam sehingga menjelang fajar.

Segala persiapan telah di siapkan dengan sempurna mengikut perancangan yg telah di tetapkan. Aku mengenakan suit baju melayu berwarna pearl aku. Mak saudara aku membantu aku mengenakan kain samping yg berwarna pink. Aku mengemaskan pakaian yg di kenakan dah siap sedia utk melangkah keluar dari rumah utk menuju ke destinasi.

Hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti membuatkan perasaan aku ni bertambah dedar. Semua sanak sudara belah keluar mak aku telah tiba di destinasi tersebut. Aku menaiki kenderaan bersama dgn ayahanda dan bonda ku menuju ke belah keluarga ayah aku membuatkan kami bergerak lambat. Perjalanan ku ini diiringi oleh hujan yg turun rahmat di muka bumi Allah S.W.T ini. Kami bergerak merentasi perjalanan bersama dgn rombongan yg kedua ke destinasi yg telah ditetapkan kerana kami sudah kelewatan dari jadual yg telah di tetapkan.

Setelah tiba di perkarangan Masjid di Nibong Tebal membuatkan nafas ku hampir kencang, lalu ku mengawal perasaan ini kerana ianya akan memberi kesan jika perasaan cemas menguasai diri. Rami yg menunggu di perkarangan masjid utk menyambut ketibaan ku. 3 org berbaju putih sudah berada dia dlm masjid menunjukkan yg mereka telah menunggu ketibaan aku.

Alhamdulillah aku hanya melafazkan sekali SAHAJA dah di sah kan oleh para saksi membuatkan aku lega dah bersyukur. Suka utk mengkongsi perasaan yg di lalui semasa melafazkannya, pertengahan ayat yg dilafazkan terdapat sesuatu perasaan yg tdk dpt digambarkan dan diceritakan dengan detail. Seperti ada sesuatu yg mendatangi/masuk/meresapi diri ini yg membuatkan seperti kegembiraan/kepuasan/keindahan......mg tdk dpt ditafsirkan kerana bagiku mungkin itu adalah tanda kebaikan yg ditunjukkan dari kekuasaan NYA.


Monday, November 30, 2009

1 December 2009

Cuma tinggal lgi 24 hari saja lagi, masa yg di rancangkan akan kunjung tiba. Gementar? gugup? cemas? pendek kata semuanya dah mula di rasai. Aku tak tahu mcm mana ingin di gambarkan perasaan ini. Aku percya ini adalah takdir yg ku pilih utk meneruskan sisa pejalanan hidup ku ini.

Aku hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa utk memberikan kebahagian pada diri ku ini. Aku hanya mendoakan ianya biar lah smpi ke hujung nyawa ku. Selagi ku masih bernafas dan selagi itu nadi ku masih berdetik selagi itu juga aku akan berserah kepada MU utk membantu ku meneruskan perjalanan ini.

Setiap manusia semuanya telah di berikan pilihan utk memilih perjalanan hidup mereka. Semuanya telah di letakkan pada diri kita sendiri utk memilih atau di pilih semuanya telah tertulis. Aku memilih ini adalah kerana aku pasti dengan keputusan aku dan aku tidak akan sesekali berganjang walaupun seinci kerana aku telah memilih jalan hidup ini dah perlukan sokongan sekeliling. Setiap pilihan yg telah kt pilih tidak akan dpt diubah jika ianya telah berlaku dah kt hanya mampu memperbaikinya dari masa ke semasa utk mendapat kan kebahagian yg hakiki dan abadi.

Aku bukan la seorang manusia yg sempurna. Tapi aku akan cuba utk mencari kesempurnaan menjelang tahun baru utk di semaikan utk kebahagian bersama. Tahun, bulan dan hari silih berganti. Waktu kian berdetik lgi menambahkan kegusaran di hari ini. Mampukah aku? itu persoalan yg sentiasa bermain di fikiran ku yg tidak dpt dielak dan xdpt di larikan. Di harap semuanya berjalan dengan lancar seperti yg telah di jadualkan. Biarlah ianya menjadi kenangan yg terindah.

Thursday, November 12, 2009

12 November 2009

Kian kasih ku dambakan dan makin kian resah hati yg ku pendamkan, hanya pada takdir yg mampu ku harapkan. Hanya detik dan waktu menjadi suratan yg tak mampu di lafazkan pada zahirnya. Hati ku kian resah utk berubah mendptkan ke tenangan..siapa tahu ketentuan yg aku mencari cahaya sinarnya akan berada dlm bayang kegelapan yg pasti akan membayangi aku. ku hanya manusia yg lemah dan tak dpt lari dari bayang2 sendiri walaupun nasib hidup dan pilihan lain masih ada utk setiap insan.

Aku tetap akan memilih jalan ini adalah nasib hidupku yg mampu mengubah kehidupan yg pernah ku lalui sblm ini. Walaupun perjalanan ini masih lgi utk ketumpuhi dgn berliku2 dan kesamaran, aku yakin dan pasti ianyakan menjadi sebuah makna kehidupan yg terindah di alam yg sementara dan tiada janji utk kekal selamanya. Fikiran ku masih lgi mencari apakah erti kehidupan ini yg masih lgi kosong dan tak mampu ku mengisikannya dgn seorg diri..

Aku yakin aku akan kembali kerana ku masih lgi mencari sesuatu yg hakiki dan abadi yg dpt ku dambarkannya dgn ketulusan hati ini utk mendapatkan sinar yg suatu hari nnt pasti akan menjadi janji suci yg abadi. Biar la ianya hanya sekali utk selamanya dan ku pasti akan kota kan janji ku. Ku pasti akan mengecapi apakah makna di sebalik hikmat yg berlaku sepanjang kehidupan ku. Walapun ku rasa ianya sudah berlalu dgn pantas dan ianya masih belum terlewat utk ku rasakan kasih yg kian ku dambakan dan resah hati yg masih ku pendam...hanya pada takdir dan harapan masih aku mencari.

Ku seharusnya berhenti dari larian ku mencari sinar yg tdk tahu arah dan tujuan. Ku harus berpaling melihat dibelakangku kerana takdir telah tertulis utk diri ku dan pasti akan ku penuhi dengan seikhlas hati. Aku tak akan sesekali sia-siakan pemberian yg ku terima kerana aku mulai meneruni dari liku2 kehidupan yg masih lgi bermcm ragam. Aku tgk akan mensia2kan peluang ini..itulah janji ku utk ke hidupan yg akan ku lalui.

Saturday, September 19, 2009

19 September 2009

Sayup kedengaran alunan lagu syawal pada bulan yg mulia ini adakala mengetarkan jiwa yg sentiasa sayu dan sunyi. Adakala membuatkan ku terfikir, mengapakah dia berjauhan dari ku di kala aku berkelana sendirian? I really need u..i really mean it.

Salah kah aku memilih jalan ini? bagi aku ini lah jalan ku yg terbaik utk aku menyusuri walaupun berliku akan aku tetap meneruskan kaki ini melangkah tampa menoleh kebelakang. Aku akui aku mempunyai kelemahan dan kekurangan, tapi tolong la jgn ckp mcm tu depan aku. Tak usah la banggakan org lain depan aku walaupun tdk salah utk berkata2 demikian.

Aku tak peduli ape yg kamu nak berikan, but please..please don't said that anymore. Sbb tu la aku nak duduk jauh dari kata2 mereka. Aku cuba blaja utk melupakan ape kan itu kesedihan..mcm mana kesedihan itu. Bagi aku kesedihan tu akan melunturkan hati seseorang. Sekuat mana seseorang itu, hatinya akan luntur umpama air yg meneruni permukaan bumi yg kering dan kotang dengan membasahi permukaan.

Perlukan kah utk berkata2 sedemikian?? Pegawai kena jaga taraf??? because i'm in the middle class u can say anything in front of me? aku masih lgi boleh menahan hati aku..masih boleh lgi berlakon utk mengawal keadaan. Tapi aku rasa mcm dah tak lama utk tampung perasaan ini..aku tak mampu utk luah kan..aku dah tak mampu utk menagawal mimik muka aku lgi.. aku ingin menagis sepuas2 hati..tapi aku tak tahu nak luahkan bagimana....

Wednesday, July 8, 2009

08 July 2009

Pagi yg dingin ini mengejutkan aku dengan offline messenge dari YM.."SELAMAT JUGAK" Dalam hati ku tak tergambar gembiranya bila menerima msg tu. Hati ku meluap2 untuk menghantar sms atau terus call dia saje..tapi aku masih lgi tidak yakin keadaan sudah kembali pada sedia kala..aku cuma takut tersalah hantar msg..entah la..aku terus ambk keputusan untuk membiarkan saje msg tu..tidak di tutup..hanya membiar ianya menghiasi screen komputer ku..aku hanya tersenyum sendirian bila anak mata ku melihat msg itu..aku yakin dan pasti semuanya akan kembali pada sedia kala..cuma perlukan masa dan ketika utk keadaan kembali pada sedia kala. Tapi aku masih lgi berharap masa itu sampai dengan cepatnya dah biar kan persoalan ini terjwp, bagi ku..dah memadai berbulan lamanya mengharungi persoalan ini tampa sedikit perkataan. Rakan berdekatan seperti menghilangkan diri dari menjwp persoalan ini. satu persoalan membuah kan 1001 jawapan yg tidak memuaskan hati.. aku sentiasa memikirkan sehingga hari ini..hati terasa sayup bila mengunjungi tempat biasa bertemu.. aku sentiasa berharapkan jawapan yg mampu merungkai segala persoalan di fikiran.. cukup la dengan masa yg telah berlalu pergi..maaf kan andainya ku benar2 bersalah..berikan la aku kesedaran jika melakukan kesalahan..jgn la menghilang kan diri..muncul la kembali...........

Monday, June 8, 2009

Kau Takdir Ku


Hujan merintik-merintik turun sedikit demi sedikit lalu membasahi alam maya. Walaupun hujun turun dengan lebatnya, tetapi masih lagi tidak mampu untuk menyejukkan suasana yg bahang di hati ini. Sebatang demi sebatang rokok di bakar, di hembus keluar bersama dengan masaalah. Tetapi masih lgi tidak mampu untuk mententeramkan hati ini. Dalam keadaan majlis yg riuh rendah itu, aku tak mampu untuk membuang rasa gundah di hati ini. Bagi ku, tiada penyelesai yg mampu aku selesaikan dengan berfikir tampa berbuat apa-apa. Itu sahaja yang mampu aku lakukan pada kehidupan ku ini. Aku sentiasa membawa masaalah ku bersama.

Aku tidak mengendahkan pertemuaan pertama aku dengan dia, bagi ku dia hanya la kawan biasa padanya. Dalam keadaan riuh rendah tunangku memperkenalkan aku kepada saudara maranya yang datang pada majlis perkahwinan ini. Aku hanyanya menyambut salam mereka dengan menguntumkan senyuman aku yang tak seberapa ini. Pada masa yang sama, datang seorang lelaki menggunakan tongkat untuk berjalan dan di temani seorang perempuan. Bagi aku hanya la saudara mara yang datang untuk bertandang ke majlis ini. Tunangku menghampiri lalu membisikkan sesuatu di telinga ku.

"D..nak tahu tak..lelaki di adalah ex-boyfriend syg merangkap anak angkat mak”

Dengan nada yang biasa tunangku memberitahu hubungan silam dia dengan pemuda itu. Hati ku rasa tertusuk dan terpukul dengan kata-katanya. Entah mengapa hati ku sakit dan kecewa dengan pengakuan tersebut. Mood yang gembira dapat bersama dengan tunang tersayang hancur luruh.

Aku hanya mampu membalas "Yeke sayang". Itu je yang mampu aku lafazkan kepadanya.

Saudara-mara yang lain menyapa pemuda itu dengan bertanya khabar, tunangku berlalu pergi dari ku dan bertemu dengan pemuda itu. Mereka bertanya tentang kecederaan kakinya yang cedera bermain bola. Mereka gelak tawa bersama, tunangku paling gembira pada pertemuan itu. Lalu tunangku memperkenalkan dia kepada kepada ku. Dia menghulurkan tangannya kepada ku dengan senyumannya yang tak seberapa mesra. Aku menyambut tangannya dengan senyuman lalu memperkenalkan diriku.

“Ini tunang kak long” tunangku menunding jarinya kearahku

“Saya xxx”

“Saya Hairi..”. Aku membalas pendek

“Orangnya boleh tahan, berkulit cerah dan rambutnya ikal”. Aku bermonolog sendirian.

Tetapi pada pandangannya terhadap aku seperti kurang menyenangkannya. Aku tak tahu adakah ini hanya la perasaan aku. Dia seperti kurang mesra dan perwatakannya adalah serious itu saja yang mampu aku menilaikan pada masa itu. Pada majlis itu kami duduk semeja dgn pemuda itu, tunang aku duduk berhampiran dengan dia. Tunangku kelihat sangat mesra dengan ex-boyfriend dia membuatkan hati aku sekali lagi tertusuk sembilu yg menghiris kalbu, pedih teramat sangat. Kami ada bertembung mata semasa dia sedang berborak dengan tunangku lalu aku memberikan senyuman padanya tetapi dia membalas senyumanku seperti orang yang tiada perasaan membuatkan hatiku lagi bertambah panas lalu aku berlalu pergi mengambil makanan yang telah tersedia, tetapi hati yang panas membuatkan aku tidak berselera untuk menjamah makanan. Hanya mengambil segelas air sirap yang mengandungi ais meneguk beberapa kali untuk melegakan perasaan ku.

Tunang ku datang mencari secawan gelas lalu aku memberikan kepunyaan aku kepada dia, tetapi dia tidak mengambil gelas dari ku dan aku tahu bukan untuk dia minum. Aku dah dapat meneka dia mencari gelas itu untuk siapa. Aku hanya mampu mendiam kan diri dah mengawal perasaan ku, kalau diikut kan hati dah lama aku balik sendirian. Tetapi aku hanya memerhatikan mereka berdua. Entah la pandangan lelaki tu seperti... aku tak berani untuk meneka kerana aku ni lelaki. Aku faham ape maksud pandangan itu....

Aku juga mempunya perasaan cemburu dengan kemasraan itu disebabkan perkataan ‘Ex-boyfriend’ membuatkan aku sakit hati dengan kemesraan itu membuatkan hati kecil kecewa apabila tunangku kurang memberi perhatian kepada ku dalam situasi itu....

Andai kata ku bertemu dengan bekas teman wanita ku, tidak akan sesekali aku memberi tahunya bahawa kami mempunyai hubungan pada masa yang lampu. Biarkan ianya berberlalu.

"Adakah aku terlalu berfikir? adakah aku ini mempunyai hati yg lemah walaupun tidak pada zahirnya? Aku terlalu letih menyorok kan perasaan ku yang sebenarnya dan menunjukkan kegembiraan".

Tetapi aku ni hanya manusia biasa yg tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan pada kehidupan ku ini. Aku tak mampu mentafsir apakah kesudahanya dan biarkanlah ianya berlalu bagaikan angin.....