Monday, April 19, 2010

Ketibaan Orang Baru

Hampir 4 bulan kami berkahwin, sepanjang tempoh itu adalah satu kenangan yg amat indah di dlm hidup ini. Gelak tawa, kegembiraan, kesedihan semuanya package alam perkahwinan yg tidak dapat dielak kan dan juga tidak akan lari pada sesiapa yang sudah berkahwin.

Dalam perkahwinan hanya ada satu perkara yg paling penting yg di nantikan dan kita sendiri akan teruja untuk menunggu perkabaran tersebut. Aku mendapat perkabaran dari isteriku pada mulanya hanya menghantar gambar melalui MMS. Gambar tersebut adalah Pregnant Test yg menunjukkan sample yg dibuat adalah positif...isteriku mengandung hampir 2 bulan!!! ^^

Perasaan memang tidak dapat digambarkan..hanya senyuman sepanjang hari yang mampu aku ukirkan pada wajah ku ini. Kadang kala aku rasa seperti tak sabar untuk menunggu isteriku melahirkan anak untuk aku, kerana itu adalah zuriah aku yg akan membawa nama ku utk meneruskan perjalanan di dunia ini. Akan aku cuba sedaya upaya untuk menjaga mereka berdua sepanjang perjalanan yg di tempuhi ini.

Rasa terkilan dan serba salah kerana sepanjang tempoh isteri ku bersalin..aku hanya berada di sisinya....(Boleh di kira menggunakan jari) di sebabkan kami masih lgi tinggal berasingan kerana urusan kerja. Sakit pening dia kat sana..alahan dia (makan makin kuat)..tapi nasib baik dia tinggal dgn mertua aku..ada org boleh tengok kan sakit pening dia kat sana sepanjang ketiadaan aku di sisinya.. Tapi semua itu akan tamat bila bulan 6 tiba dan kami boleh bersama sehingga akhir hayat kami bersama.

Isteriku kau adalah anugerah dari Tuhan yg paling bernilai bagi ku..biarpun harta setinggi gunung masih tidak mampu lagi untuk mempunyai teman hidup yang sentiasa bersama tidak kira susah dan senang di tempoh bersama. Terima kasih kerana memberi zuriat kepada suami mu ini. Aku akan menunggu dengan sabar sehingga permata kita dan bukti cinta kita bersama lahir di dunia ini.

Terima kasih untuk segalanya...

No comments: