Monday, November 30, 2009

1 December 2009

Cuma tinggal lgi 24 hari saja lagi, masa yg di rancangkan akan kunjung tiba. Gementar? gugup? cemas? pendek kata semuanya dah mula di rasai. Aku tak tahu mcm mana ingin di gambarkan perasaan ini. Aku percya ini adalah takdir yg ku pilih utk meneruskan sisa pejalanan hidup ku ini.

Aku hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa utk memberikan kebahagian pada diri ku ini. Aku hanya mendoakan ianya biar lah smpi ke hujung nyawa ku. Selagi ku masih bernafas dan selagi itu nadi ku masih berdetik selagi itu juga aku akan berserah kepada MU utk membantu ku meneruskan perjalanan ini.

Setiap manusia semuanya telah di berikan pilihan utk memilih perjalanan hidup mereka. Semuanya telah di letakkan pada diri kita sendiri utk memilih atau di pilih semuanya telah tertulis. Aku memilih ini adalah kerana aku pasti dengan keputusan aku dan aku tidak akan sesekali berganjang walaupun seinci kerana aku telah memilih jalan hidup ini dah perlukan sokongan sekeliling. Setiap pilihan yg telah kt pilih tidak akan dpt diubah jika ianya telah berlaku dah kt hanya mampu memperbaikinya dari masa ke semasa utk mendapat kan kebahagian yg hakiki dan abadi.

Aku bukan la seorang manusia yg sempurna. Tapi aku akan cuba utk mencari kesempurnaan menjelang tahun baru utk di semaikan utk kebahagian bersama. Tahun, bulan dan hari silih berganti. Waktu kian berdetik lgi menambahkan kegusaran di hari ini. Mampukah aku? itu persoalan yg sentiasa bermain di fikiran ku yg tidak dpt dielak dan xdpt di larikan. Di harap semuanya berjalan dengan lancar seperti yg telah di jadualkan. Biarlah ianya menjadi kenangan yg terindah.

2 comments:

Cikgu Era said...

puitis nyer dikau...

M Zuhairi Kamarudin said...

igt cikgu bm je ke yg tahu =P