Monday, June 8, 2009

Kau Takdir Ku


Hujan merintik-merintik turun sedikit demi sedikit lalu membasahi alam maya. Walaupun hujun turun dengan lebatnya, tetapi masih lagi tidak mampu untuk menyejukkan suasana yg bahang di hati ini. Sebatang demi sebatang rokok di bakar, di hembus keluar bersama dengan masaalah. Tetapi masih lgi tidak mampu untuk mententeramkan hati ini. Dalam keadaan majlis yg riuh rendah itu, aku tak mampu untuk membuang rasa gundah di hati ini. Bagi ku, tiada penyelesai yg mampu aku selesaikan dengan berfikir tampa berbuat apa-apa. Itu sahaja yang mampu aku lakukan pada kehidupan ku ini. Aku sentiasa membawa masaalah ku bersama.

Aku tidak mengendahkan pertemuaan pertama aku dengan dia, bagi ku dia hanya la kawan biasa padanya. Dalam keadaan riuh rendah tunangku memperkenalkan aku kepada saudara maranya yang datang pada majlis perkahwinan ini. Aku hanyanya menyambut salam mereka dengan menguntumkan senyuman aku yang tak seberapa ini. Pada masa yang sama, datang seorang lelaki menggunakan tongkat untuk berjalan dan di temani seorang perempuan. Bagi aku hanya la saudara mara yang datang untuk bertandang ke majlis ini. Tunangku menghampiri lalu membisikkan sesuatu di telinga ku.

"D..nak tahu tak..lelaki di adalah ex-boyfriend syg merangkap anak angkat mak”

Dengan nada yang biasa tunangku memberitahu hubungan silam dia dengan pemuda itu. Hati ku rasa tertusuk dan terpukul dengan kata-katanya. Entah mengapa hati ku sakit dan kecewa dengan pengakuan tersebut. Mood yang gembira dapat bersama dengan tunang tersayang hancur luruh.

Aku hanya mampu membalas "Yeke sayang". Itu je yang mampu aku lafazkan kepadanya.

Saudara-mara yang lain menyapa pemuda itu dengan bertanya khabar, tunangku berlalu pergi dari ku dan bertemu dengan pemuda itu. Mereka bertanya tentang kecederaan kakinya yang cedera bermain bola. Mereka gelak tawa bersama, tunangku paling gembira pada pertemuan itu. Lalu tunangku memperkenalkan dia kepada kepada ku. Dia menghulurkan tangannya kepada ku dengan senyumannya yang tak seberapa mesra. Aku menyambut tangannya dengan senyuman lalu memperkenalkan diriku.

“Ini tunang kak long” tunangku menunding jarinya kearahku

“Saya xxx”

“Saya Hairi..”. Aku membalas pendek

“Orangnya boleh tahan, berkulit cerah dan rambutnya ikal”. Aku bermonolog sendirian.

Tetapi pada pandangannya terhadap aku seperti kurang menyenangkannya. Aku tak tahu adakah ini hanya la perasaan aku. Dia seperti kurang mesra dan perwatakannya adalah serious itu saja yang mampu aku menilaikan pada masa itu. Pada majlis itu kami duduk semeja dgn pemuda itu, tunang aku duduk berhampiran dengan dia. Tunangku kelihat sangat mesra dengan ex-boyfriend dia membuatkan hati aku sekali lagi tertusuk sembilu yg menghiris kalbu, pedih teramat sangat. Kami ada bertembung mata semasa dia sedang berborak dengan tunangku lalu aku memberikan senyuman padanya tetapi dia membalas senyumanku seperti orang yang tiada perasaan membuatkan hatiku lagi bertambah panas lalu aku berlalu pergi mengambil makanan yang telah tersedia, tetapi hati yang panas membuatkan aku tidak berselera untuk menjamah makanan. Hanya mengambil segelas air sirap yang mengandungi ais meneguk beberapa kali untuk melegakan perasaan ku.

Tunang ku datang mencari secawan gelas lalu aku memberikan kepunyaan aku kepada dia, tetapi dia tidak mengambil gelas dari ku dan aku tahu bukan untuk dia minum. Aku dah dapat meneka dia mencari gelas itu untuk siapa. Aku hanya mampu mendiam kan diri dah mengawal perasaan ku, kalau diikut kan hati dah lama aku balik sendirian. Tetapi aku hanya memerhatikan mereka berdua. Entah la pandangan lelaki tu seperti... aku tak berani untuk meneka kerana aku ni lelaki. Aku faham ape maksud pandangan itu....

Aku juga mempunya perasaan cemburu dengan kemasraan itu disebabkan perkataan ‘Ex-boyfriend’ membuatkan aku sakit hati dengan kemesraan itu membuatkan hati kecil kecewa apabila tunangku kurang memberi perhatian kepada ku dalam situasi itu....

Andai kata ku bertemu dengan bekas teman wanita ku, tidak akan sesekali aku memberi tahunya bahawa kami mempunyai hubungan pada masa yang lampu. Biarkan ianya berberlalu.

"Adakah aku terlalu berfikir? adakah aku ini mempunyai hati yg lemah walaupun tidak pada zahirnya? Aku terlalu letih menyorok kan perasaan ku yang sebenarnya dan menunjukkan kegembiraan".

Tetapi aku ni hanya manusia biasa yg tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan pada kehidupan ku ini. Aku tak mampu mentafsir apakah kesudahanya dan biarkanlah ianya berlalu bagaikan angin.....

No comments: