Monday, November 30, 2009

1 December 2009

Cuma tinggal lgi 24 hari saja lagi, masa yg di rancangkan akan kunjung tiba. Gementar? gugup? cemas? pendek kata semuanya dah mula di rasai. Aku tak tahu mcm mana ingin di gambarkan perasaan ini. Aku percya ini adalah takdir yg ku pilih utk meneruskan sisa pejalanan hidup ku ini.

Aku hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa utk memberikan kebahagian pada diri ku ini. Aku hanya mendoakan ianya biar lah smpi ke hujung nyawa ku. Selagi ku masih bernafas dan selagi itu nadi ku masih berdetik selagi itu juga aku akan berserah kepada MU utk membantu ku meneruskan perjalanan ini.

Setiap manusia semuanya telah di berikan pilihan utk memilih perjalanan hidup mereka. Semuanya telah di letakkan pada diri kita sendiri utk memilih atau di pilih semuanya telah tertulis. Aku memilih ini adalah kerana aku pasti dengan keputusan aku dan aku tidak akan sesekali berganjang walaupun seinci kerana aku telah memilih jalan hidup ini dah perlukan sokongan sekeliling. Setiap pilihan yg telah kt pilih tidak akan dpt diubah jika ianya telah berlaku dah kt hanya mampu memperbaikinya dari masa ke semasa utk mendapat kan kebahagian yg hakiki dan abadi.

Aku bukan la seorang manusia yg sempurna. Tapi aku akan cuba utk mencari kesempurnaan menjelang tahun baru utk di semaikan utk kebahagian bersama. Tahun, bulan dan hari silih berganti. Waktu kian berdetik lgi menambahkan kegusaran di hari ini. Mampukah aku? itu persoalan yg sentiasa bermain di fikiran ku yg tidak dpt dielak dan xdpt di larikan. Di harap semuanya berjalan dengan lancar seperti yg telah di jadualkan. Biarlah ianya menjadi kenangan yg terindah.

Thursday, November 12, 2009

12 November 2009

Kian kasih ku dambakan dan makin kian resah hati yg ku pendamkan, hanya pada takdir yg mampu ku harapkan. Hanya detik dan waktu menjadi suratan yg tak mampu di lafazkan pada zahirnya. Hati ku kian resah utk berubah mendptkan ke tenangan..siapa tahu ketentuan yg aku mencari cahaya sinarnya akan berada dlm bayang kegelapan yg pasti akan membayangi aku. ku hanya manusia yg lemah dan tak dpt lari dari bayang2 sendiri walaupun nasib hidup dan pilihan lain masih ada utk setiap insan.

Aku tetap akan memilih jalan ini adalah nasib hidupku yg mampu mengubah kehidupan yg pernah ku lalui sblm ini. Walaupun perjalanan ini masih lgi utk ketumpuhi dgn berliku2 dan kesamaran, aku yakin dan pasti ianyakan menjadi sebuah makna kehidupan yg terindah di alam yg sementara dan tiada janji utk kekal selamanya. Fikiran ku masih lgi mencari apakah erti kehidupan ini yg masih lgi kosong dan tak mampu ku mengisikannya dgn seorg diri..

Aku yakin aku akan kembali kerana ku masih lgi mencari sesuatu yg hakiki dan abadi yg dpt ku dambarkannya dgn ketulusan hati ini utk mendapatkan sinar yg suatu hari nnt pasti akan menjadi janji suci yg abadi. Biar la ianya hanya sekali utk selamanya dan ku pasti akan kota kan janji ku. Ku pasti akan mengecapi apakah makna di sebalik hikmat yg berlaku sepanjang kehidupan ku. Walapun ku rasa ianya sudah berlalu dgn pantas dan ianya masih belum terlewat utk ku rasakan kasih yg kian ku dambakan dan resah hati yg masih ku pendam...hanya pada takdir dan harapan masih aku mencari.

Ku seharusnya berhenti dari larian ku mencari sinar yg tdk tahu arah dan tujuan. Ku harus berpaling melihat dibelakangku kerana takdir telah tertulis utk diri ku dan pasti akan ku penuhi dengan seikhlas hati. Aku tak akan sesekali sia-siakan pemberian yg ku terima kerana aku mulai meneruni dari liku2 kehidupan yg masih lgi bermcm ragam. Aku tgk akan mensia2kan peluang ini..itulah janji ku utk ke hidupan yg akan ku lalui.

Saturday, September 19, 2009

19 September 2009

Sayup kedengaran alunan lagu syawal pada bulan yg mulia ini adakala mengetarkan jiwa yg sentiasa sayu dan sunyi. Adakala membuatkan ku terfikir, mengapakah dia berjauhan dari ku di kala aku berkelana sendirian? I really need u..i really mean it.

Salah kah aku memilih jalan ini? bagi aku ini lah jalan ku yg terbaik utk aku menyusuri walaupun berliku akan aku tetap meneruskan kaki ini melangkah tampa menoleh kebelakang. Aku akui aku mempunyai kelemahan dan kekurangan, tapi tolong la jgn ckp mcm tu depan aku. Tak usah la banggakan org lain depan aku walaupun tdk salah utk berkata2 demikian.

Aku tak peduli ape yg kamu nak berikan, but please..please don't said that anymore. Sbb tu la aku nak duduk jauh dari kata2 mereka. Aku cuba blaja utk melupakan ape kan itu kesedihan..mcm mana kesedihan itu. Bagi aku kesedihan tu akan melunturkan hati seseorang. Sekuat mana seseorang itu, hatinya akan luntur umpama air yg meneruni permukaan bumi yg kering dan kotang dengan membasahi permukaan.

Perlukan kah utk berkata2 sedemikian?? Pegawai kena jaga taraf??? because i'm in the middle class u can say anything in front of me? aku masih lgi boleh menahan hati aku..masih boleh lgi berlakon utk mengawal keadaan. Tapi aku rasa mcm dah tak lama utk tampung perasaan ini..aku tak mampu utk luah kan..aku dah tak mampu utk menagawal mimik muka aku lgi.. aku ingin menagis sepuas2 hati..tapi aku tak tahu nak luahkan bagimana....

Wednesday, July 8, 2009

08 July 2009

Pagi yg dingin ini mengejutkan aku dengan offline messenge dari YM.."SELAMAT JUGAK" Dalam hati ku tak tergambar gembiranya bila menerima msg tu. Hati ku meluap2 untuk menghantar sms atau terus call dia saje..tapi aku masih lgi tidak yakin keadaan sudah kembali pada sedia kala..aku cuma takut tersalah hantar msg..entah la..aku terus ambk keputusan untuk membiarkan saje msg tu..tidak di tutup..hanya membiar ianya menghiasi screen komputer ku..aku hanya tersenyum sendirian bila anak mata ku melihat msg itu..aku yakin dan pasti semuanya akan kembali pada sedia kala..cuma perlukan masa dan ketika utk keadaan kembali pada sedia kala. Tapi aku masih lgi berharap masa itu sampai dengan cepatnya dah biar kan persoalan ini terjwp, bagi ku..dah memadai berbulan lamanya mengharungi persoalan ini tampa sedikit perkataan. Rakan berdekatan seperti menghilangkan diri dari menjwp persoalan ini. satu persoalan membuah kan 1001 jawapan yg tidak memuaskan hati.. aku sentiasa memikirkan sehingga hari ini..hati terasa sayup bila mengunjungi tempat biasa bertemu.. aku sentiasa berharapkan jawapan yg mampu merungkai segala persoalan di fikiran.. cukup la dengan masa yg telah berlalu pergi..maaf kan andainya ku benar2 bersalah..berikan la aku kesedaran jika melakukan kesalahan..jgn la menghilang kan diri..muncul la kembali...........

Monday, June 8, 2009

Kau Takdir Ku


Hujan merintik-merintik turun sedikit demi sedikit lalu membasahi alam maya. Walaupun hujun turun dengan lebatnya, tetapi masih lagi tidak mampu untuk menyejukkan suasana yg bahang di hati ini. Sebatang demi sebatang rokok di bakar, di hembus keluar bersama dengan masaalah. Tetapi masih lgi tidak mampu untuk mententeramkan hati ini. Dalam keadaan majlis yg riuh rendah itu, aku tak mampu untuk membuang rasa gundah di hati ini. Bagi ku, tiada penyelesai yg mampu aku selesaikan dengan berfikir tampa berbuat apa-apa. Itu sahaja yang mampu aku lakukan pada kehidupan ku ini. Aku sentiasa membawa masaalah ku bersama.

Aku tidak mengendahkan pertemuaan pertama aku dengan dia, bagi ku dia hanya la kawan biasa padanya. Dalam keadaan riuh rendah tunangku memperkenalkan aku kepada saudara maranya yang datang pada majlis perkahwinan ini. Aku hanyanya menyambut salam mereka dengan menguntumkan senyuman aku yang tak seberapa ini. Pada masa yang sama, datang seorang lelaki menggunakan tongkat untuk berjalan dan di temani seorang perempuan. Bagi aku hanya la saudara mara yang datang untuk bertandang ke majlis ini. Tunangku menghampiri lalu membisikkan sesuatu di telinga ku.

"D..nak tahu tak..lelaki di adalah ex-boyfriend syg merangkap anak angkat mak”

Dengan nada yang biasa tunangku memberitahu hubungan silam dia dengan pemuda itu. Hati ku rasa tertusuk dan terpukul dengan kata-katanya. Entah mengapa hati ku sakit dan kecewa dengan pengakuan tersebut. Mood yang gembira dapat bersama dengan tunang tersayang hancur luruh.

Aku hanya mampu membalas "Yeke sayang". Itu je yang mampu aku lafazkan kepadanya.

Saudara-mara yang lain menyapa pemuda itu dengan bertanya khabar, tunangku berlalu pergi dari ku dan bertemu dengan pemuda itu. Mereka bertanya tentang kecederaan kakinya yang cedera bermain bola. Mereka gelak tawa bersama, tunangku paling gembira pada pertemuan itu. Lalu tunangku memperkenalkan dia kepada kepada ku. Dia menghulurkan tangannya kepada ku dengan senyumannya yang tak seberapa mesra. Aku menyambut tangannya dengan senyuman lalu memperkenalkan diriku.

“Ini tunang kak long” tunangku menunding jarinya kearahku

“Saya xxx”

“Saya Hairi..”. Aku membalas pendek

“Orangnya boleh tahan, berkulit cerah dan rambutnya ikal”. Aku bermonolog sendirian.

Tetapi pada pandangannya terhadap aku seperti kurang menyenangkannya. Aku tak tahu adakah ini hanya la perasaan aku. Dia seperti kurang mesra dan perwatakannya adalah serious itu saja yang mampu aku menilaikan pada masa itu. Pada majlis itu kami duduk semeja dgn pemuda itu, tunang aku duduk berhampiran dengan dia. Tunangku kelihat sangat mesra dengan ex-boyfriend dia membuatkan hati aku sekali lagi tertusuk sembilu yg menghiris kalbu, pedih teramat sangat. Kami ada bertembung mata semasa dia sedang berborak dengan tunangku lalu aku memberikan senyuman padanya tetapi dia membalas senyumanku seperti orang yang tiada perasaan membuatkan hatiku lagi bertambah panas lalu aku berlalu pergi mengambil makanan yang telah tersedia, tetapi hati yang panas membuatkan aku tidak berselera untuk menjamah makanan. Hanya mengambil segelas air sirap yang mengandungi ais meneguk beberapa kali untuk melegakan perasaan ku.

Tunang ku datang mencari secawan gelas lalu aku memberikan kepunyaan aku kepada dia, tetapi dia tidak mengambil gelas dari ku dan aku tahu bukan untuk dia minum. Aku dah dapat meneka dia mencari gelas itu untuk siapa. Aku hanya mampu mendiam kan diri dah mengawal perasaan ku, kalau diikut kan hati dah lama aku balik sendirian. Tetapi aku hanya memerhatikan mereka berdua. Entah la pandangan lelaki tu seperti... aku tak berani untuk meneka kerana aku ni lelaki. Aku faham ape maksud pandangan itu....

Aku juga mempunya perasaan cemburu dengan kemasraan itu disebabkan perkataan ‘Ex-boyfriend’ membuatkan aku sakit hati dengan kemesraan itu membuatkan hati kecil kecewa apabila tunangku kurang memberi perhatian kepada ku dalam situasi itu....

Andai kata ku bertemu dengan bekas teman wanita ku, tidak akan sesekali aku memberi tahunya bahawa kami mempunyai hubungan pada masa yang lampu. Biarkan ianya berberlalu.

"Adakah aku terlalu berfikir? adakah aku ini mempunyai hati yg lemah walaupun tidak pada zahirnya? Aku terlalu letih menyorok kan perasaan ku yang sebenarnya dan menunjukkan kegembiraan".

Tetapi aku ni hanya manusia biasa yg tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan pada kehidupan ku ini. Aku tak mampu mentafsir apakah kesudahanya dan biarkanlah ianya berlalu bagaikan angin.....

Friday, June 5, 2009

Move again and pengakuan ku

hahhaa..kali ni kuarga ku berpindah lgi...huhu...dari pahang kembali ke n9 blk..huhu.. aku lebih selesa tinggal di n9...terdapat byk kenangan yg telah di tinggal kan di sana..dari kisah duka..ke kisah gembira..tapi lebih nya adalah kisah yg sgt gembira...tak mampu terbeli dan tiada nilainya..keluarga ku telah menetap di n9 sejak aku tadika smpi la aku tingkatan 2..dlm masa itu aku bersekolah di sana...dari sek palong 1 smpi la ke SMKBK..di SMKBK itu la yg mengajar aku tentang ape kan erti hidup..kesetiaan rakan2 yg sanggup bersusah bersama2...

keputusan berpindah dari n9 ke pahang..membuatkan hati aku berat untuk berpindah...bagi ku.. hidup ku dah sebati di sana..kata org..bila kt dah berbakti pada tanah...kt tak kan mudah untuk tinggal kan nya..begitu juga aku..biarla org lain tak fhm ape yg aku rasa..ape yg aku alami..semuanya di n9 dah lengkap...aku ada rakan2 yg ramai dan cikgu2 yg aku still lgi contact sehingga la kini...tidak lupa pada ayah angkat aku tu... (warden asrama ku) hahaha..bila dikenangkan kembali..aku gembira...dan tersenyum keseorangan bila mengenangkannya..kadang2 aku tergelak seorg diri...bila aku dok di asrama..dia lah ayah aku di sana...dia la yg menjaga ku di sana...cuma pada masa tu..aku tidak selesa dgn keadaan mcm tu..aku tak penah ada ayah angkat di sana..tapi itu la yg aku kata kan pengalaman yg tak terhingga pada ku...lebih di katakan..semuanya di bantu oleh ayah angkat aku tu...dari segi duit hingga la soal keperluan hidup ku di asrama tu..

pada mula nya aku tak hargai ape yg dia dah buat...tapi aku nak menjaga hati nya..aku terima juga ape yg dia bersusah payh utk ku...aku akur dgn dia...yg paling bestnya...aku selalu berbahas dgn dia..klakar gila..ape yg dia ckp aku mesti pangkah..kadang2 dia bengang jgk la ngn aku..hahahah...pastu mesti dia ckp "cakap pandai". tersenyum bila aku kenangkan nya..tapi zaman sek telah berlalu..aku pun jarang jumpa dia bila aku dah tinggal kan alam persekolahan ku itu..dag bertahan dia selalu call aku...cari aku time aku kat asrama...bila dah abis zaman sek tu..membuat kan aku sunyi je bila dia takde....selalu aku berfikir...dia dah mkn ke...dia sihat ke...mcm mana dia kat sek tu lgi...ape yg dia tgh rancangkang...bila aku nak tnya kan kat dia...lidah aku kelu untuk bertnya..entah la..aku pun tahu kenapa mcm tu..aku tahu dia selalu kecik ati ngn aku..itu yg dia tak lgi mencari aku...

bila aku kenangkan, aku rasa bukan salah dia..semuanya dari aku...sbb aku membuat keputusan utk bersama dgn org yg tersyang aku tu..aku tak bagi tahu dia..di tahu pun dari saudara aku yg juga merupakan cikgu di tempat dia mangajar..aku tahu mcm mana dia rasa...mesti dia rasa mcm aku belakangkan dia..klu aku pun marah klu kena mcm tu...sblm hari itu sampi..aku cuba utk menghubungi dia...tapi aku cuma mengambil keputusan utk mengguna kan khidmat pesanan ringkas sahaja...itu pun aku dok fikir..mcm mana nak ckp ngn dia..aku menghantar sms "salam, ape kabar? cikgu sihat tak? ada kat mana?" aku pun terus menekan butang 'sent'. beberpa minit selepas itu..aku mendapat balasan dari nya.."wslm..sihat je..ada kat sek..ni sape?". aku kelu untuk membls nya..fikiran aku terus bermain2..dia dah lupakan aku ke..dia dah deletekan no aku ke..mcm2 aku fikir kan benda mcm tu..entah la...pastu aku cuma menghantar "sape2 jela..manusia ciptaan tuhan". lepas tu aku sent kat dia..dia tnya lgi.."mg la manusia..tapi sape?". Tapi aku tak membls msg itu..aku tak tahu mcm mana nak ckp..mungkin aku belum lgi bersedia untuk memberitahu dia..

aku ada juga nak ckp lgi skali ngn dia yg aku ni dah nak 'mengikat' pada masa terdekat ni...aku menghantar skali lgi msg..tapi dia tidak membls...hati aku gundah bila dia tak bls..mungkin dia sibuk kot...itu yg aku rasa..biasanya dia akan call blk bertanyakan siapa..aku pun bermonolog pada diri aku sendirian 'bodoh betul la aku ni..ape la salahnya aku call dia..senang...takyah bersusah2 nak msg...call jela..untuk memberi tahu je..dia nak ke tak nak dtg..itu urusan dia''. pada masa yg sama, satu suara lgi membls 'tak yah la call dia tu..mungkin dia dah lupakan ko tu...ko tu pun dah byk buat salah dgn dia..buat ape ko nak sakit kan hati dia lgi...nnt ko nak berlangsung..ko bagi tahu jela depan2'. So aku pun tak jadi la nak call dia...kebetulan aku jumpa saudara aku yg merupakan cikgu kat sek dia jgk...dia jumpa kami di majlis kawin anak pak ngah aku...dia ckp la...'cikgu kesayangan awk tu kim salam byk2...dia terperanjat bila dia dgr yg kamu tu dah berikat' aku cuma mendiamkan diri...tapi dah jangka kan benda ini kan smpi dia pengetahuan dia jgk...benda dah jadi nak buat mcm mana kan...cikgu linda pun menceritakan lgi 'cikgu kamu tu hilang semua no dlm phone dia..itu yg dia cari no kamu tu takde..dia tgh cari no2 yg hilang tu' terus aku terdiam..betul andaian aku jgk..cuma hati aku berat untuk berbuat sedemikian..mg salah aku..


maaf kan anak murid kamu ni yg sgt2 tak menghargai ape yg telah di berikan kepada kamu cikgu...sesungguhnya aku bukan benci utk memberitahu kamu..bila ketiadaan kamu mengambil berat..aku sunyi bila tiada org bertanya kabar..aku cuma boleh katakan bahawa aku pun rindukan cikgu..kedewasaan ku ini telah mengajar ku erti semua nya..ape kah erti kasih sayang...biar pun cikgu tak boleh membaca hati ku..biar pun cikgu tak tahu yg aku meluahkan di sini tentang kamu...biarlah cikgu tak fhmm..itu la hukuman yg aku dapat...biarla cikgu anggap aku ni mcm mana..aku terima dgn redha..


sudah bertahun2 berlalu..aku merindui cikgu...terima kasih untuk segalanya..semoga tuhan memurahkan rezeki dan di berikan umur yg panjang kepada cikgu...


Ex Student SMKBK 2000-2004

You are my destiny (05/060/2009)

Tempat aku bekerja telah memberi cuti kepada semua staff..wah..syok gila..huhu..gembira tak terhingga..bukan senang nak dapat cuti mcm ni..huhuhu..tapi aku mempunyai destiny yg harus ku sampai dengn cepat..aku tak sabar untuk sampai ke tempat yg aku tujui itu..kerana seseorang telah menanti ku sekian lamanya....

hari ni aku bertolak dari putrajaya pada pukul 12 tgh hari...permulaan perjalanan aku hanya duduk di belakang..hanya bersabar menantu dan menempuh perjalanan yg begitu jauh bagi ku utk smpi..aku cuba melelap kan mata utk mempercepat kan perjalanan itu...tapi keadaan yg panas memaksa aku sedar kembali...sedar2 je aku dah sampai kan perhentian rehat...lepak2 minam air dulu..perkenakan rokok sebatang dua..baru gerak blk...

sambung kembali perjalanan...aku take over membawa keta lak...betul2 aku pecut mana yg boleh..huhu...aku bawa kat link memotong je...dlm hati aku tak sabar untuk berjumpa dgnnya...sambil memandu...hati ku tersenyum keseorangan...kerana aku memikir kan si dia yg sudah lama tidak berjumpa..mcm mana la dia...senyuman dia...dah gemuk ke...ape ke..bla...bla......lgi terigt...lgi cepat aku memecut untuk smpi ke tempat yg dituju...lgi girang aku bila dah smpi di perkarangan rumah nya...tapi dia belum blk dari kerja..aku hampa bila dia tiada...

aku mengabiskan masa untuk menunggunya dgn membaca paper..akhirnya dia blk dari kerja...dan gembira nya dia keluar dari keta besertakan kuntuman senyuman yg menawan di kirim kan pada permulaan pertemuan kami..hati ku melonjak kegembiraan yg tak terhingga..terubat kerinduaan yg mendalam.....




Hargaila ape yg kira ada...semuanya tak kan bertahan jika kt tak bersungguh-sungguh mempertahankan nya

Tampanya ku tak mampu bertahan

Desiran angin membelah pantai pada malam ini. Sayup kedengaran laut membelah pantai..merancang kan suasana malam ini..Ianya menjadi saksi akan keabadaian bersama diharap ianya kekal sehingga selamanya, selagi nadi ini masih lgi berdenyut, nafas masih lgi di hembuskan hanya kesyukuran hanya yg mampu di ucap kan kepada NYA kerana telah mengutus kan kepada ku 'ketenangan', 'pengubat' dikala rindu. Aku sgt2 bersyukur dan bertuah kerana menyedari rangka hidup yg telah di aturkan kepada ku dapat ku sedari pada renungan ku yg pertama. Saat tu adalah indah, aku yakin dan pasti semua itu telah di tetapkan dan di aturkan pada ku...aku bertuah dan gembira kerana hidup ku telah kembali kepada yg terbaik.. aku bersyukur kerana aku telah mendapat kunci untuk membuka ruang tempat yg sgt indah pada setiap insan yg mendahagakan keindahan ciptaan tuhan yg sgt sempurna dan tiada tolok bandingnya pada semuanya..begitu aku bersyukur memikirkan semua perkara menghadap ciptaan malam yg indah..
dikala aku menyelamun, seseorang berlari kearah ku..meneman ku menikmati keindahan malam..aku tergelak seorang diri menenangkan ape yg aku telah fikir kan..indah skali..tak mampu aku nak lafaz kan kepada nya..aku bertuah memiliki nya..aku hanya tersenyum memandang wajah nya..senyuman yg aku zahirkan adalah seikhlas2 nya.. 'd dah mkn?" aku cuma senyum kepadanya..dah tentu la aku menjawp "dok lgi" ^_^ tinggal la aku sendiri kembali merenung nelayan2 yg sedang sibuk mencari rezeki menangkap sotong di malam hari..aku hanya menjadi saksi atas kecekalan mereka berusaha mencari rezeki mereka...begitu juga aku..berusaha mendapat kan kegembiraan aku..biar kan susah utk aku mendapat kan 'nya'. Aku puas dengan ape yg aku capai..kerana aku telah mendapatkan ape yg aku ingin kan..semuanya dah menjadi sempurna kepada ku..
Datang kembali kepada ku dgn sepinggan makanan yg telah di siapkan juadah malam itu..aku makan di meja yg telah disetiakan pada malam penginapan kami..hari ni aku ada Family Day belah keluarga mak aku..gembira bila semua ahli keluarga hadir mengambil bahagian pada 3 hari percutian tu..ape yg aku paling kisahkan...aku mempunyai teman yg sentiasa ada pada percutian ni..semua keperluan aku di siapkan...takde yg perlu aku risau kan..aku sentiasa gembira pada malam tu...
Malam tu kami mkn makanan panggang..pergh...best gila..makanan sentiasa sold out...dia dah siapkan asing makanan utk ku..so aku tak perlu untuk 'merampas' makanan pada yg lain.. aku tido dlm keadaan yg meletih kan..sbb mengharungi perjalanan yg meletihkan, aku bangun 5 am utk menjemputnya..then bergerak ke penginapan kami..lalu aku terus di buai mimpi..(takde mimpi pun..tido mati) pagi tu aku tak sempat mengambil aktiviti sukan kuarga di pantai..aku kena ambk adik aku kat Kem...sek dia tercampak kat kem tentera..pelik betul aku...aku tgu adik aku dlm 3 jam kat sana..nasib baik aku pergi berdua...ada org temankan aku makan ais krim...bersabar dengan kemarahan aku..igt nak blk je tampa adik aku..tapi kenangkan adik pun nak sgt join..aku gagah kan diri bersabar...siap kena carik dia..baru la dia keluar...alamatnya tak sempat la nak join aktiviti tu..aku dtg mkn jela..huhu...seronok betul keadaan pada hartu..semua mkn dah minum ku telah di sediakan...lepas mkn ada buat aktiviti main kerusi...sape yg bertahan smpi kerusi tinggal 1 je..hati aku gembira bila dia berabut kerusi ngn mak aku...sure la dia kalah...aku terus gi mandi laut..
dalam keadaan laut yg bergelora, aku still berenang ngn sepupu2 ku..sbb best betul mandi dlm keadaan laut yg bergelora..aku menarik dia mandi skali dgn aku..tapi dia penakut lak..mandi kat tepi2 je...sayang skali mandi dlm waktu yg lewat..dah petang..nak dekat senja dah malam tu..aku gembira sgt hari tu..malam tu kami mkn bersama2...semuanya siap dan lengkap..aku tak tahu mcm mana nak terangkan perasaan mcm ni..semuanya indah skali...tiada yg mampu dilafaz kan selain dari senyuman mu..senyuman mu adalah penawar bagi ku..mlm tu aku happy sgt2...lgi2 hari last mcm tu..huhuhu
malam tu, kami membuat hari penyampaian hadiah...my grandmother umum kan cucu pada keluarga kawin akan mendapat wang sagu hati pada hari perkahwinan..alamat nya aku dpat la tu bagi pihak kuarga aku..hahahaha...jimat sikit...nenek aku sakit mlm tu...nasib baik 'dia' yg pergi check nenek...nenek sakit mlm tu..suasana mlm tu menjadi huru hara kerana nenek sakit pada mlm tu..mlm tu aku rasa mcm tak sedap hari je dgn keadaan nenek ku pada mlm tu..nenek di tahan wad pada mlm tu...pak cik blk awl sbb nak jaga nenek..aku bawa 2 keta...aku membawa keta pak cik...'dia' membawa kelisa bergerak bersama2...aku smpi di hospital pada lewat pagi...dapat la aku jenyuk nenek aku sekejap..pagi tu kami sampi di penginapan kami pada lebih pukul 4 am..tapi aku puas...aku bersama utk 3 hari..dah mencukupi utk menyubat hati ku sedikit...
pagi aku memandi laut sblm naik nya matahari utk memancarkan cahayanya di muka bumi ni..maklum la..kulit aku ni kan putih sikit...nnt kena sun burn..leceh la plk kan..hahahahhaha..dapat la mandi kejap kan..pastu dia panggil makan..dia dah siap kan makanan utk aku....aku dalm keadaan kuyup...dia yg menyuapkan aku..selera betul aku hari tu..dia suapkan smpi habis..aku siap tambah 2 x tau..sbbnya..makanan tu dah la sedap..di tambahkan tukang yg menyuapkan tu..lgi berselera la aku nak mkn..pak long aku jelous gila ngn ke mesraan 'kami' hahaha..ape kan daya..nak buat mcm mana kan..huhu
penamat utk minggu ni menyebabkan aku kurang senang...sedih pun ada..tapi aku gembira sgt pada hari tu..gembira sgt2....then kami dpat la menyelesaikan hutang yg lama telah terpendam sekian lamanya.. :).....
malam yg dingin..sepasang mata memerhatikan aku dari kaca tingkap...dengan linangan air mata di pipi..aku tahu ape maksudnya..duit bukan segala2nya...ketahui lah itu bukan segala2nya..biarpun habis segala2nya..aku tak penah menyesal. tetapi mlam itu pandanganmata itu makin jauh...dah makin hilang dari pandangan pada malam itu..berat kaki ku melangkah pergi..dengan hati yg berat aku gagah kan jua...pergi dah sentiasa menoleh kebelakang..berharap senyuman itu masih kekal di ingatan dan di hati..ianya masih tersemat dengan kukuh tampa ragu2.........hari itu masih lgi akan datang jua..aku yakin dan pasti...
aku sentiasa menghargai ape yg aku ada..aku tak sanggup kehilangan buat kali yg kerdua..aku tak mampu menanggung lgi utk..tampa mu tiada erti lgi...hari yg terubat sekian lama telah terubat selama nya.....

Monday, May 4, 2009

3-4 May 2009

entah la...indah tak terkata..pagi yg indah dah nyaman..tidak dapat di gambar kan, keindahan suasana kg yg nyaman di kala pagi. hari yg syok bila bercuti 3 hari..mg tak puas..ambk teman kesayangan ku yg setia menanti kehadiran ku melengkap kan hari yg indah itu. Asahan menjadi tempat kami berkelah beramai2..sudah lama menanti utk menikmati keindahan alam tampa 'bunyi' hanya desiran air dan suasana rimba yg indah...tapi syg tdk dpt di nikmati sepenuhnya...ramai sgt org...geram betul..ape kan daya kan? huhu..mandi beramai2 memang menarik nak gembira (gembira ngn yg dtg b'sama la..yg lain mcm menyemak je hoho :p). Hampir seharian kami berkelah..sayang pulak...takde gmbr yg di tangkap..bawa kemera tapi bateri plk low...igt bateri penuh lgi..rupa nya empty lak, takpela janji semua itu masih segar dlm ingatan.pada malamnya 'kami' mkn ikan bakar pulak with my lovely family, my love grandmother, my mom, my father, my little sisters and also with my dear..pergh kenyang gila..dah kenyang, bawa keta mcm nampak tilam je...huhuhu nak tido je...hehe...Everything according our plan..malam itu kami mkn sekeluarga..gembira rasanya..aku pun tak penah terfikir utk dpt mkn malam seperti tu..tapi ada jgk yg cover2 nak mkn..huh...tunjuk kan dia tu tangki kecik..padahal besar :P hahahahaha. masa berlalu dengan pantas, esok dah kena kerja blk...letih nya...rasa nak cuti panjang je..baru la fun sikit...tapi duit pun sayur nak lepak lama2... masa berlalu depan pantas je..patut nya dtg hari jumaat baru puas...baru nama nya cuti...boleh gi jalan2..nak mkn kfc ke ape ke...melawat saudara mara ke...bukan senang nak kuar...huhuhu... makin hari makin gembira..kuarga impian pastu akan jadi kenyataan..nak mandi air panas tak jadi lak..sayang skali...mcm mana nak pergi..perut dah kenyang...tarik selimut je dah pengsan smpi pagi..huhu next time leh pergi lgi...masa masih byk...cuma........rasa mcm lmbt lgi je nak kuar beramai2 lgi ngn sepupu n lain2... maybe next time..next time...

cuma kegembira boleh mengembira kan semua org...biar kt sakit...kt senyum utk gembira akan org yg tersyg..senyum itu adalah penawar..

Wednesday, April 15, 2009

16 April 2009


Genap sudah 2 bulan lebih kawan ku yg di kasihi tinggal kan aku tampa berita...tampa alasan..tampa simpati pada persahabatan..bagi ku...semua kwn2 yg ku kenali adalah sgt2 di hargai walaupun ape yg berlaku...dia..hadir dlm hidup ku apa bila keadaan ku dalam kesunyian.. gelak tanya kami bersama masih terngiang2 di telinga walaupun sudah berlalu...kesakitan.. kesunyian...hilang tampa paksaan..di kala ku kesusahan..dia hadir dlm hidup ku tampa paksaan.. membantu ku tampa mengeluh...suatu hari bermula nya perkara yg tak diduga ini...maaf kan aku kawan ku...andai kata pagi itu kau marah kan aku...aku terima..ketahui la aku terlalu letih dan tdk dapat membuka mata ku di kala kau menghubungi aku..andai kata masa boleh di undur kan...aku akan undur kan masa pada pagi itu...aku sanggup berjaga malam utk tunggu kehadiran mu..salah ke aku smpi begini hukuman yg kau berikan...hilang semua gelak tawa kt bersama...aku rindukan semua yg kt lalui bersama...kata2 nasihat mu yg sgt2 berguna dan membantu ku...hanya tinggal kenangan...salah kah aku?? aku hanya ingin kan teman yg gelak bersama...berkongsi cerita bersama...biar pun berulang kali..ianya tak penah menjadi bosan nak muak...aku gembira...aku lupa kesedihan yg melanda diri ku..hanya kegembiraan bersama.. berdosa kah aku?? panggilan ku tak di jwp...sms ku tak di bls...chat pun tak di bls..salah kah aku?? teruk sgt kan aku di hukum begini??? ape yg telah aku laku kan?? ape yg aku buat smpi mengguris hati kau?? aku tak sesekali bercerita di belakang kau...ko dah aku anggap mcm abg sulung aku...aku sgt2 anggap ko mcm tu li...tapi..ini ke yg aku dpt...ini ke?? pergi tampa alasan...hilang tampa kembali??

sampai hati ko perlaku kan aku bergini..persoalan yg sentiasa bermain di minda "WHY" masih tak terjwp sehingga kini

adakan aku bersalah??????

ada sesiapa yg boleh bantu aku??? aku letih sgt...

kesakitan bertambah...ape yg aku terdaya??



aku rindukan yg dulu...gelak tawa....................

27 December 2008

tidak ku sangka menjadi begini...semua nya telah berlaku tampa dirancang...tiada terfikir...tiada terlintas..tetapi tuhan itu maha adil dan maha mengetahui..saat yg mengindah kan telah berlaku di dlm hidup ku...biar pun keputusan ini di anggap tdk memuas kan hati..tapi aku gembira dan puas..kerana ini adalah matlamat ku...itu la hala tuju yg aku telah lihat...itu dah menjadi tanggunjwp ku..utk mendapat kan 'nya' aku terpaksa berkorban biar pun mensia2 kan ape yg ada...walaupun ianya masih awal...ape bila kaki ku melangkah separuh jalan...tidak akan ku sesekali melangkah kebelakang...biar pun pelbagai rintangan dan pengorbanan yg berlaku...ku akan terus kan jua...ini kerana..tiada yg lebih suci dari keindahan dan keikhlasan ini..aku dengan tulus dan ihklas ape yg aku lakukan ini adalah ikhlas yg lahir dari hati ku ini..biar org mengata..biar org mencaci..bila ku dpt memegang tali ini...nescaya ku tak kan melepas kan nya walaupun sekali..biar la ianya tersimpul hingga selamanya. apabila ikatan di sarung kan..separuh terlengkap erti hidup ini..akan aku cuba dan melengkap kan yg sepatut nya di harap kan...beribu mata mengharap kan...tidak akan ku hampakan semuanya..

Telah telalu lama ku berlari tampa hala tuju...biarkan lah aku berehat walaupun seketika dgn keadaan tampa bunyi ..hanya penglihatan menikmati ciptaan Tuhan

Restui la kami dan lapang kan la hidup ku..biar kan kesakitan berlalu pergi....